Prev   Next   Pause   Play     Scroll   Fade   ScrollFade

Search

Produk dan Ulasan Buku

Komen Terkini

HUKUM MELABUR DALAM AMANAH...
Keliru
Prof, daripada hujah prof td, bg saye...
17/08/10 18:24 More...
By ibnudaud

Petikan Ucapan dalam Facebook...
Tahniah !!
TAHNIAH DI ATAS ANUGERAH TOKOH MAULIDUR...
03/03/10 01:58 More...
By HARUN

Events Calendar

« < September 2010 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3

Pengunjung Online

We have 12 guests online

Statistik

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday157
mod_vvisit_counterYesterday121
mod_vvisit_counterThis week157
mod_vvisit_counterThis month867
mod_vvisit_counterAll55514
Utama arrow Ulasan Buku arrow Karya Dato Mahmood Zuhdi Abdul Majid arrow Mendedahkan mengenai kehebatan tokoh Islam
Mendedahkan mengenai kehebatan tokoh Islam PDF Print E-mail
 

Written by Rohidzir Rais, on 04-07-2010 06:04

Views : 152    

Favoured : 4

Published in : Ulasan Buku, Karya Dato Mahmood Zuhdi Abdul Majid


Mendedahkan mengenai kehebatan tokoh Islam

Tajuk: Tokoh-tokoh Kesarjanaan Sains Islam

Penulis: Mahmood Zuhdi Ab. Majid

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

Terbit: 2000

Halaman: 157DALAM sistem pendidikan negara, kita didedahkan dengan nama-nama besar tokoh sarjana sains atau pemikir bukan Islam.

Walaupun ada juga usaha mengetengahkan nama-nama tokoh Islam, tetapi ia sering ditenggelami oleh penonjolan kehebatan sarjana Barat.

Sebenarnya sarjana Islam lebih awal mendahului era kebangkitan tokoh-tokoh bukan Islam itu terutama dari Barat.

Akibat kurang mendedahkan kehebatan tokoh-tokoh Islam inilah menyebabkan masyarakat kita kurang mengenali mereka.

Sebut sahaja dalam bidang apa, nama-nama Islam sudah mendahului tokoh Barat.

Orang Barat yang meniru tamadun Islam hingga mereka akui ia adalah hasil daripada pemikiran mereka.

Sebagai bukti mungkin sekadar beberapa nama diketengah seperti yang terkandung dalam buku ini.

Kita boleh membayangkan kehebatan sarjana sains Islam seperti Al-Harth Ibn Kaladah (13 Hijrah/634 Masehi) seorang ahli perubatan Islam paling awal; Al-Khawarizmi (232H/846M), pengasas ilmu algebra; Al-Kindi (252H/866M), bapa falsafah Islam; Al-Battani (317H/929M), pakar ilmu falak; Al-Sarkashi (286H/889M), pewaris ketokohan Al-Kindi; Abu Bakar Al-Razi (321H/924M), tokoh ilmu perubatan; Al-Farabi (339H/950M) tokoh falsafah; Ikhwan Al-Safa (awal abad keempat Hijrah), kesarjanaan berkumpulan; Al-Buzjani (388H/998M) pakar geometri; Ibn Yunus (399H/1009M) pakar astronomi; Al-Karkhi (420H/1029M) pakar matematik; Ibn Maskawaih (421H/1030M) sarjana serba boleh; Ibn Sina (428H/1037M), tokoh serba boleh; Nasiruddin Al-Tusi (672H/1274M) sarjana dan ahli politik serta nama lain seperti Ibn Al-Haitham, Al-Biruni dan Ibn Al-Nafis.

Malah ramai sarjana Islam terus muncul di zaman permulaan Islam di Andalus yang menguasai bidang sastera, falsafah, kedoktoran, muzik, hukum dan politik. Kemuncak kegemilangan masyarakat Islam di Andalus ialah kemunculan Ibn Rusyd (595H/1194M) dan Ibn Khaldun (807H/1406M) yang merupakan pengasas ilmu kemasyarakatan.

Membaca buku karya Mahmood Zuhdi Ab. Majid ini, membuka semula pemikiran kita terhadap pencapaian dan sumbangan tokoh-tokoh Islam dalam pelbagai bidang seperti matematik, algebra, geometri, trigonometri, ilmu falak, muzik, geografi, biologi, fizik, kimia, perubatan, klinik dan hospital. Sebenarnya orang Islam juga hebat. - AMIRUL SYAFIQ

 

 

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Last update : 04-07-2010 06:04

Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments  RSS feed comment
 

Average user rating

   (0 vote)

 

No comment posted

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved
Next >

Gallery

Koleksi Dato' Mahmood Zuhdi Nyalaan Iman Dalam Hati Setiap Mukmin 1 Koleksi Dato' Mahmood Zuhdi Dunia Ibarat Air Hujan 1 Kisah Minyak Atar dan Kayu Sugi 1 Koleksi Dato' Mahmood Zuhdi Makan Ulat dalam Buah 2 Koleksi Dato' Mahmood Zuhdi Anugerah Tokoh Maal Hijrah Koleksi Dato' Mahmood Zuhdi