Prev   Next   Pause   Play     Scroll   Fade   ScrollFade

Search

Produk dan Ulasan Buku

Komen Terkini

HUKUM MELABUR DALAM AMANAH...
Keliru
Prof, daripada hujah prof td, bg saye...
17/08/10 18:24 More...
By ibnudaud

Petikan Ucapan dalam Facebook...
Tahniah !!
TAHNIAH DI ATAS ANUGERAH TOKOH MAULIDUR...
03/03/10 01:58 More...
By HARUN

Events Calendar

« < September 2010 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3

Pengunjung Online

We have 11 guests online

Statistik

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday149
mod_vvisit_counterYesterday121
mod_vvisit_counterThis week149
mod_vvisit_counterThis month859
mod_vvisit_counterAll55506
Agenda 2000 Mahkamah Syariah PDF Print E-mail
 

Written by Rohidzir Rais, on 04-07-2010 06:06

Views : 94    

Favoured : 3

Published in : Dato Dr Mahmood Zuhdi dalam Media , Ulasan tentang isu semasa


Agenda 2000 Mahkamah Syariah

Oleh: SALLEH BUANG
WALAUPUN 1 Januari tahun 2000 menandakan alaf baru Masihi (bukan alaf baru dalam takwim Islam), pastinya tahun baru Masihi ini masih punyai makna kepada kita umat Islam di negara ini.

Pastinya pada hari pertama alaf baru ini kita menyusun strategi dan membulatkan hati akan melakukan perkara-perkara tertentu yang akan mendatangkan faedah dan manfaat bagi diri kita sekeluarga.

Sehubungan itu, pastilah juga pihak atasan yang bertanggungjawab menentukan dasar, mengurus atau mentadbir Mahkamah Syariah di negeri-negeri (termasuklah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sendiri) telah pun menyusun atau menyediakan satu agenda baru yang lebih rapi dan terperinci bagi maksud meningkatkan lagi prestasi serta martabat institusi kehakiman Islam di negara.

Pastinya segala kelemahan-kelemahan lampau akan diperbaiki dan segala kekurangan (sama ada dari segi bangunan, alat kelengkapan, bahan rujukan, tenaga kerja serta infrastruktur perundangan) akan segera diatasi, andainya belum lagi dapat dilaksanakan sepenuhnya selama ini.

Kata orang bijak pandai, jika kita tidak mengambil pengajaran dari kesilapan dan kelemahan kita yang lampau, kita akan terperangkap untuk mengulanginya di masa depan.

Peningkatan

Ditinjau secara objektif perkembangan Mahkamah Syariah kita dari satu tahun ke tahun yang lain mulai awal 80-an (apabila kursus diploma kehakiman Islam pertama kali diperkenalkan di Universiti Islam Antarabangsa) hingga sekarang, bukan sedikit perubahan yang sudah berlaku. Beberapa kelemahan dan kekurangan lampau sudah dapat diatasi, manakala pendaftaran kes-kes oleh kakitangan sokongan dan pengendalian kes-kes oleh para hakim syarie sudah bertambah baik, kian terus menghampiri tahap profesionalisme yang diimpikan.

Dalam pada itu, rekod pencapaian belum lagi 100% baik. Masih ada kekurangan dan kelemahan lampau yang belum dapat ditangani. Malangnya sudah menjadi lumrah alam, kekurangan dan kelemahan inilah yang sering diberi perhatian orang awam dan dijadikan bahan cemuhan, manakala peningkatan yang telah dapat dicapai selama ini tidak (atau jarang sekali) diberi penghargaan sewajarnya.

Memandang ke depan, apakah yang sepatutnya terus diberi perhatian? Inilah yang menjadi persoalan bagi kita yang mahukan Mahkamah Syariah di seluruh negara menjadi lebih baik, lebih profesional dan lebih berkesan di masa akan datang.

Kelemahan yang dikenal pasti

Semasa Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ditubuhkan oleh Kerajaan Pusat tidak lama dulu, beberapa kelemahan serius mengenai institusi kehakiman Islam telah pun dikenal pasti. Tugas utama JKSM pastinya ialah untuk mengatasi sebanyak mana kelemahan-kelemahan itu secepat mungkin.

Antara kelemahan utama yang dikenal pasti itu adalah seperti berikut -

(a) Terdapat perbezaan dalam kandungan Enakmen, kaedah serta peraturan yang dipakai di negeri-negeri. Masalah ini menjadi lebih kritikal lagi kerana bidang kuasa Mahkamah Syariah negeri adalah terhad kepada wilayah negeri itu sendiri. Akibatnya, penguatkuasaan perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah sering menghadapi masalah;

(b) Prosedur pelantikan hakim Mahkamah Syariah yang sedia ada didapati kurang sesuai. Akibatnya, pelantikan hakim sukar (lambat) dilaksanakan.

(c) Tidak ada (kurang) minat di kalangan orang yang berkelayakan untuk memohon jawatan hakim Mahkamah Syariah di beberapa negeri. Keadaan ini disebabkan prospek jawatan itu tidak begitu menarik berbanding jawatan-jawatan lain yang boleh dipohon oleh calon yang sama. Akibatnya, banyak jawatan hakim tidak dapat diisi dan ini menambahkan lagi masalah kes tertangguh.

(d) Kurang kefahaman serta kemahiran mengenai pelbagai undang-undang yang baru digubal dan diluluskan. Ini berlaku kerana selama ini program latihan hakim dan pegawai sokongan tidak dapat dikendalikan secara terus menerus. Apa yang dapat diaturkan adalah latihan secara ad hoc, sekali sekala sahaja.

Menjelaskan perancangan masa depan JKSM, Ketua Pengarahnya Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman (yang sebelum itu pernah menyandang jawatan Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan) dilaporkan berkata bahawa JKSM adalah sebagai ''bayi yang baru lahir'' yang memerlukan masa untuk membesar sebelum mampu melaksanakan perubahan yang lebih besar.

''Harapan kita ialah supaya semua Jabatan berkaitan dan Mahkamah Syariah akan menunaikan kewajipan dengan penuh tanggungjawab dan menerima amanah ini dengan rasa penuh kepercayaan bahawa undang-undang Islam itu adalah baik dan dilaksanakan pula dengan sebaiknya. Kita berusaha mengubah keadaan dari yang baik hari ini kepada yang lebih baik lagi dengan harapan yang lebih tinggi dalam negara yang berbilang kaum,'' jelas beliau lagi.

Sejauh mana usaha mengatasi kelemahan-kelemahan ini telah berjaya dilaksanakan akan kita ketahui sepanjang tahun 2000 ini. Andainya ia belum selesai diatasi, pastinya ia terus menjadi agenda utama JKSM pada tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang.

Sistem elektronik mahkamah (Semak)

Pertama kali diperkenalkan di Mahkamah Syariah Kuching Sarawak, sistem elektronik ini (dipanggil dengan akronim Semak) telah kemudian dilaksanakan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pastinya, matlamat utama penggunaan sistem ini ialah untuk memudahkan orang awam berurusan terus dengan pihak mahkamah. Menerusi sistem ini, diharapkan prosedur lama (yang sering menjadi sebab rungutan orang awam) dapat digantikan dengan satu prosedur baru yang lebih mudah dan pantas. Menerusi prosedur baru di bawah sistem ini, masa untuk menyudahkan sesuatu urusan itu diharap akan mengambil masa hanya antara 10 hingga 15 minit sahaja.

Penjimatan masa ini diharapkan akan sekali gus menaikkan imej Mahkamah Syariah di mata masyarakat. Untuk menjayakan sistem baru itu, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan telah menghantar 18 pegawai (termasuk hakim, pendaftar mahkamah dan pegawai sokongan) menghadiri kursus sistem IT.

Manfaat sistem baru ini adalah seperti berikut :

(a) Tidak akan ada suatu kes yang sama direkodkan berulang kali;

(b) Senang mengesan perkembangan kes dari semasa ke semasa;

(c) Tidak akan ada kes yang berselerak atau tidak dapat dikesan;

(d) Menjimatkan masa mahkamah, peguam dan pihak yang bertikai;

(e) Menjimatkan kos.

(f) Memudahkan interaksi antara sesama hakim atau pegawai sokongan selaras dengan konsep aliran kerja.

(g) Mudah mengesan sama ada segala bayaran (seperti yuran atau denda) telah sempurna dibayar.

Persoalannya sekarang ialah apakah sistem yang sama telah dilaksanakan di negeri-negeri selain Wilayah Persekutuan dan Sarawak? Jika belum pasti ini menjadi agenda penting tahun 2000.

Cantuman sivil dan syariah

Sedikit masa dulu, Tan Sri Harun Hashim (bekas Hakim Mahkamah Agung, kini profesor dan Dekan Kulliyyah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa) pernah mencadangkan bahawa satu cara meningkatkan martabat Mahkamah Syariah ialah mencantumkannya dengan Mahkamah Sivil di negara ini.

Dalam satu wawancara selepas itu dengan wartawan akhbar, Harun menjelaskan bahawa setelah percantuman berlaku, satu ''bahagian khas'' boleh ditubuhkan bagi mengendali kes-kes yang selama ini sukar diputuskan kerana ia melibatkan konflik undang-undang (misalnya, apabila satu pihak yang bertikai itu bukan Muslim).

Walaupun cadangan Harun ini amat menarik dan wajar diberi pertimbangan serius (sepertimana juga cadangan yang sama oleh Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Abdul Hamid Mohamed), ia sebenarnya merupakan sebahagian dari beberapa cadangan alternatif lain yang pernah disuarakan oleh beberapa pihak sepanjang satu dekad yang lalu. Selama ini, cadangan-cadangan tersebut itu susah sangat mendapat pertimbangan serius oleh pihak atasan. Apakah kali ini cadangan seperti ini akan mendapat perhatian pihak atasan yang menjaga portfolio hal ehwal Mahkamah Syariah?

Hakim wanita

Satu lagi cadangan yang pernah dikemukakan tidak lama dulu ialah melantik wanita menjadi hakim syarie. Cadangan itu dikemukakan oleh pergerakan NGO wanita dan kemudian disokong oleh Datuk Napsiah Omar, Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO

Mengikut Napsiah, cadangan itu boleh mengelakkan persepsi wujudnya sikap berat sebelah di kalangan hakim lelaki dalam mengendalikan kes-kes kekeluargaan Islam. Antara tokoh akademik yang setuju dengan cadangan itu ialah Pengarah Akademi Islam Universiti Malaya, Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid. Mengikut Zuhdi, wanita mampu memegang jawatan hakim kerana agama Islam telah mengangkat status wanita dalam masyarakat.

Yang menjadi masalah ialah bagi sesetengah orang, persepsi mereka itulah yang menjadi realiti bagi mereka. Apabila persepsi sudah dianggap realiti lalu ia membuahkan prejudis yang kian menebal dan mendalam, manakala keadaan atau sekitaran semasa pula tidak mampu menunjukkan gambaran sebenar, selagi itulah sebahagian kaum wanita akan terus menganggap bahawa mereka pasti tidak akan mendapatkan keadilan dari Mahkamah Syariah kita.

Inilah yang menyedihkan.


Last update : 04-07-2010 06:06

Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments  RSS feed comment
 

Average user rating

   (0 vote)

 

No comment posted

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved
< Prev   Next >

Gallery

Dunia Ibarat Air Hujan 1 Koleksi Dato' Mahmood Zuhdi Dunia Ibarat Air Hujan 2 Koleksi Dato' Mahmood Zuhdi Nyalaan Iman Dalam Hati Setiap Mukmin 2 Realiti Masa dan Takdir 2 Anugerah Tokoh Maal Hijrah Koleksi Dato' Mahmood Zuhdi Koleksi Dato' Mahmood Zuhdi Koleksi Dato' Mahmood Zuhdi