Prev   Next   Pause   Play     Scroll   Fade   ScrollFade

Search

Produk dan Ulasan Buku

Komen Terkini

HUKUM MELABUR DALAM AMANAH...
Keliru
Prof, daripada hujah prof td, bg saye...
17/08/10 18:24 More...
By ibnudaud

Petikan Ucapan dalam Facebook...
Tahniah !!
TAHNIAH DI ATAS ANUGERAH TOKOH MAULIDUR...
03/03/10 01:58 More...
By HARUN

Events Calendar

« < September 2010 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3

Pengunjung Online

We have 3 guests online

Statistik

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday146
mod_vvisit_counterYesterday121
mod_vvisit_counterThis week146
mod_vvisit_counterThis month856
mod_vvisit_counterAll55502
Utama arrow Galeri Dalam Media arrow Ulasan tentang isu semasa arrow Wanita punca utama perceraian pasangan tua
Wanita punca utama perceraian pasangan tua PDF Print E-mail
 

Written by Rohidzir Rais, on 04-07-2010 06:24

Views : 377    

Favoured : 4

Published in : Dato Dr Mahmood Zuhdi dalam Media , Ulasan tentang isu semasa


ARKIB : 14/11/2000

Wanita punca utama perceraian pasangan tua

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Wanita merupakan punca utama berlakunya perceraian di kalangan pasangan yang berumur, kata Penolong Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Mohd. Shauki Abd. Majid.

Beliau berkata, melalui pengamatan dan pengalamannya kepada kes-kes perceraian yang berlaku di kalangan pasangan tua, 80 peratus kesalahan adalah terletak di atas bahu isteri.

Katanya, apabila pasangan semakin meningkat usia, kebiasaannya isteri tidak mahu lagi menjaga kecantikan atau berdandan untuk suaminya sedangkan perkara itu amat dituntut di dalam Islam.

''Hak si suamipun semakin terabai apabila pasangan semakin berumur. Isteri lebih sibuk melayan cucu, anak dan menantu daripada melayan suami.

''Mereka tidak mahu lagi menjaga kecantikan dan berdandan untuk suami. Tidak hairanlah kalau ada suami yang mencari isteri baru selepas mereka tua kerana mereka (suami) terasa tidak lagi dihargai dan dilayan sepenuhnya oleh isteri-isteri mereka apabila umur menjelang senja,'' katanya ketika dihubungi Utusan di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Shahrizat Abdul Jalil mendakwa perceraian di kalangan golongan yang berumur meningkat ke tahap membimbangkan sekarang berikutan lelaki dikatakan lebih gemar memilih gadis belasan tahun sebagai isteri baru mereka.

Beliau berkata, fanomena itu perlu dibendung supaya ia tidak terus menjadi satu masalah yang lebih serius dalam masyarakat pada masa depan.

Mohd. Shauki mengingatkan kepada semua isteri agar sentiasa mengekalkan kemesraan dan melayani para suami mereka sebaik-baiknya hingga ke akhir hayat.

Para isteri katanya, tidak wajar mengabaikan tanggungjawab kepada suami mereka apabila usia perkahwinan pasangan itu semakin meningkat.

''Para isteri harus menjaga kecantikan mereka walaupun sudah tua. Lelaki ini lain kerana syahwat mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat dan ia berbeza dengan wanita kerana mereka (wanita) mempunyai menopaus (putus haid).

''Dahlah tuntutan nafsu para suami tidak dapat dipenuhi, makan minum pula terabai. Maka janganlah salahkan lelaki kalau mereka mencari isteri baru,'' katanya lagi.

Beliau berkata, di zaman moden ini pelbagai kaedah dan rawatan telah dicipta untuk mengekalkan kecantikan para wanita.

''Islam menggalakkan isteri-isteri berdandan dan menjaga kecantikan untuk suaminya. Insya-Allah isteri-isteri yang memenuhi kewajipan kepada suaminya akan diberikan ganjaran yang besar daripada Allah.

''Gunakanlah kemudahan yang ada untuk memikat suami-suami anda,'' katanya lagi.

Sementara itu Pengarah Akademi Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi berkata, kegagalan pasangan mengekalkan erti kemesraan sebagai suami isteri mendorong mereka mengambil keputusan bercerai selepas usia perkahwinan semakin meningkat.

Justeru katanya, selain membina kemesraan sebagai suami isteri pasangan juga perlu memupuk erti persahabatan antara kedua-dua belah pihak sejak usia awal perkahwinan.

''Nilai persahabatan adalah lebih kekal dari kemesraan. Saya percaya sekiranya suami isteri berjaya memupuk erti persahabatan dalam hubungan mereka masalah perceraian ketika usia tua tidak akan berlaku,'' katanya lagi.

Oleh: SAIFULIZAM MOHAMAD


Last update : 04-07-2010 06:24

Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments  RSS feed comment
 

Average user rating

   (0 vote)

 

No comment posted

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved
Next >

Gallery

Koleksi Dato' Mahmood Zuhdi Koleksi Dato' Mahmood Zuhdi Anugerah Tokoh Maal Hijrah Koleksi Dato' Mahmood Zuhdi Anugerah Tokoh Maal Hijrah Anugerah Tokoh Maal Hijrah Koleksi Dato' Mahmood Zuhdi Makan Ulat dalam Buah 1 Makan Ulat dalam Buah 2 Anugerah Tokoh Maal Hijrah