|
PERBANDINGAN ANTARA METHOD UNDANG-UNDANGISLAM DAN UNDANG-UNDANG KONVENSIONAL DALAM MENJAMIN KESELAMATAN: ANALISIS KHUSUS TENTANG HUKUMANKEATAS PENJENAYAH.
Oleh: Prof. Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Haji AbdulMajid Pendahuluan: Secaraumumnya Undang-Undang itu, samada Islam atau konvensional ialah norma-normayang mengatur hubungan masyarakat bersandarkan kepada kuasa. Tanpa penggunaankuasa dalam merialisasikannya sesuatu norma itu tidak disebut sebagaiUndang-Undang. Ia mungkin sekadar nasihat atau pun ketentuan yang berkait dengan aspek moral semata-mata.. Sementara istilah konvensional pula menggambarkanapa yang biasanya dilaksanakan dalam sesebuah negara itu. Ia mungkinundang-undang biasa yang kita warisi daripada barat itu atau pun undang-undangIslam yang telah terlaksana dengan baik nya dalam negara berkenaan. Jadinya,tajuk di atas perlu dibaca dalam konteks yang dihuraikan ini. Maksudnya, undang-undang konvensional yang dimaksudkan ituialah Undang-Undang barat yang terlaksana dalam negara kita ini. Keranaundang-undang Islam pada umum nya tidak dilaksanakan. Oleh yang demikian, secara tepatnya tajuk di atas lebih wajar disebutsebagai “Perbandingan di antaraUndang-Undang Islam dan Undang-Undang Barat” Malah lebih tepat lagi kalaudigunakan istilah “Undang-Undang Malaysia”. Kerana apa yang terpakai di Malaysiamunkin tidak seratus peratus merupakan undang-undang barat. Begitu pun istilah “Undang-Undang” itu sendiriagak mengelirukan sejauh perkaitannya dengan “Islam”. Kerana ia merupakan istilah yangsangat teknikal. Sepertimana disebut di atas, undang-undang itu ialah normayang dikuatkuasakan bersandarkan kuasa yang ada. Berasaskan konsep ini, sejauhdi Malaysia Undang-Undang Islam bermaksud “Undang-Undang Pentadbiran HukumIslam” yang dikuatkuasakan melalui Mahkamah Syariah. Sedangkan yang dimaksudkanoleh tajuk di atas bukan itu. Kerana kalau itu yang dimaksudkan tentu sekali perbandingan yang dimaksudkanmerupakan perbandingan berat sebelah. Maksudnya, perbandingan di antara Undang-UndangBarat/ Malaysia yang mempunyai ruang lingkup dan tradisipenguatkuasaan yang lengkap dan Undang-Undang Islam yang sangat terbatas samada dari segi bidangkuasa, mahupun darisegi teradisi dan pengalaman. Sebalik nya yang dimaksudkan ialah “Prinsip Syariah” sepertimana yangterdapat dalam al-Quran dan al-Sunnahdan dihuraikan oleh para fuqaha dalam kitab-kitab fiqh mereka. Maka berasaskankepada kedudukan ini, tajuk yang lebih wajar ialah “Perbandingan Di antaraPrinsip Syariah dan Undang-Undang Malaysia”. Tetapi oleh kerana prinsip inisifat nya universal maka penghuraiannya tidak boleh berasaskan kepada apa yangterdapat dalam kitab-kitab fiqh klasik sahaja, tetapi juga perlu mengambil kirapentafsiran semasa yang lebih menjiwai keperluan semasa dan setempat. Berasaskankepada kedudukan ini, mungkin yang paling wajar sekali tajuk kertas iniberbunyi “Perbandingan Antara Undang-Undang Malaysia Dan Fiqh Islam Semasa”. Antara Syariah, Fiqh dan Undang-Undang: Sempena perbincangan di atas, elok sekalidi huraikan beberapa perkara teknikal yang berkait dengan ”Perundangan Islam”.Selama ini, hal-hal seperti ini boleh dikatakan tidak diberi perhatian yang cukup. Akibatnya perbincangan tentang ’Undang-Undang Islam ”menjadikeliru dan gagal memberi gambaran yang sebenar tentang apa yang dimaksudkandengan “Undang-Undang Islam” yang sebenarnya patut dilaksanakan. Berasaskekeliruan ini, kadang-kadang Undang-Undang Islam dituduh sebagai Undang-Undangketinggalan zaman, Undang-Undang zaman unta dan sebagai nya. Salah nya bukan terletak atas tuduhan yang melulu itusemata-mata, tetapi juga atas kegalan pihak yang menghuraikan tentangundang-undang berkenaan membuat huraoian yang tepat. Sebenarnya ada tiga istilah yang perlu benar-benarjelas dalam membincangkan persoalan tentang Undang-Undang Islam ini. Pertamanya “Syariah”, kedua nya “Fiqh” dan ketiga nya “Undang-Undang Islam”.“Syartiah” bermaksud segala araha Allah yang terdapat dalam al-Quran danal-Sunnah. Untuk memahami arahan itu para fuqaha menggunakan segala dayaimtelektual masing-masing. Hasil kepada kefahaman ini dikenali sebagai :Fiqh”, iaitu “Kefahaman”. Kefahaman iniakan diamalkan sebagai “Arahan Agama” yang bersandarkan pahala dan dosa, Syurga dan Neraka dan sebagai nya. Tetapiuntuk melaksanakannya dalam masyarakat berasaskan penguatkuasaan mahkamah“Undang-Undang” yang berasaskan kepada fiqh itu tadi perlu diujudkan. Hasilyang diujudkan inilah diberi nama sebagai “Undang-Undang Islam”. Dari segi sifat nya “Syariah” merupakan kebenaranmutlak yang tidak tertakluk kepada perubahan. Kerana itulah ia dikenali sebagai“Kekal abadi”. Sedangkan “fiqh” walaupun kefahamannya berasaskan kepadaSyariah, tetapi nilai intelaktual para ulama dan pengaruh persekitaran tetapada di dalam nya. Kerana itu ia tidak bersifat abadi. Kerana aspek manusia danpersekitaran di dalam nya tertakluk kepada perkembangan zaman dan tempat. Olehkerana itu “fiqh” perlu kepada proses pembaharuan yang berterusan agar nilaiSyariah di dalam nya tetap terjaga dan tidak dikaburkan oleh pemikiran yangketinggalan zaman. Sedangkan “Undang-Undang Islam”, oleh kerana ia berdasarkan“Fiqh” maka ia perlu kepada perubahan dari masa ke masa sesuai denganperkembangan fiqh itu sendiri. Jadi nya perlu ada ketentuan yang jelas tentangapa yang hendak diperkatakan itu, samada Syariah, Fiqh atau Undang-UndangIslam. Jaminan Keselamatan: Di samping itu, soal jaminan keselamatanmerupakan suatu ruang perbincangan yang sangat luas. Kerana ia merangkumi berbagai-bagaiaspek, seperti langkah pencegahan, penyediaan undang-undang dan peraturan,penguatkuasaan , penghukuman atas yang bersalah dan sebagainya. Oleh keranaitu, supaya lebih fokus perbincangan dalam kertas ini perlu dikhususkan kepadaaspek penghukuman semata-mata, iaitu tindakan yang perlu diambil terhadapmereka yang telah melakukan kesalahan. Sebagaimana maklum, aspek seperti ini menyentuhtentang Undang-Undang “Jenayah”. Maksudnya Undang-undang atau hukum yang bertujuan untuk mengawal keselamatanmasyarakat daripada perlakuan buruk mana-mana individu di dalamnya. Dengan katalain, ia merupakan undang-undang atau hukum yang akan dikenakan keatas siapasaja yang melakukan kejahatan yang boleh merusakkan masyarakat sebagai suatukeseluruhan. Pada titik ini perbezaan di antara “Jenayah”dan “Sivil” perlu digariskan denganjelas. Kerana kedua-dua nya membawa implikasi hukum dan undang-undang yangberbeza-beza. Di Barat, para ahli Undang-Undang menghadapi masalah yang besardalam usaha menentukan perbezaan yang benar-benar bersifat kata putus antara“Kesalahan Jenayah” dan ‘Kesalahan Sivil”. Akhir nya banyak kalangan bersetujuuntuk mengatakan bahawa kesalahan jenayah itu ialah yang dibicarakan diMahkamah Jenayah, sementara kesalahan civil pula ialah yang dibicarakan dibawah Mahkamah Sivil. Dalam fiqh Islam juga tidak terkecuali daripadapersoalan seperti ini. Terutama kalau penentuan itu berasaskan kepada neracaUndang-Undang semasa. Antara contoh persoalan yang boleh timbul ialah kesalahanmembunuh dan mencederakan. Apakah ia suatu kesalahan Jenayah atau satukesalahan Sivil? Persoalan ini timbul setelah mengambil kira bahawa dalam kespembunuhan tanpa niat hukuman yang dikenakan ialah diyat. Sebagaimaklum, hukuman seperti itu boleh disifatkan sebagai hukuman civil, kerana iabersifat ganti rugi. Walau bagaimana pun, secara umumnya “Jenayah” ituboleh disifatkan sebagai kesalahan terhadap masyarakat . Berbanding dengankesalahan sivil yang biasa disifatkan sebagai kesalahan terhadap individu. Hakikat ini diterima oleh kedua-duan SyariatIslam dan Undang-Undang konvensional yang berasaskan kepada Undang-UndangInggeris sepertimana yang terpakai dalam negara kita ini. Antara Hukum Islam Dan Undang-UndangKonvensional: Sebenarnya tidak banyak perbezaan di antaraHukum Islam dan Undang-Undang Jenayah konvensional sejauh mengenai prinsip atauteori “Jenayah” itu sendiri. Secara umumnya jenayah akan dikira berlaku padapandangan kedua-dua sistem berkenaan apabila ada:- 1. Perbuatan jahat 2. Niat jahat 3. PeruntukanUndang-Undang yang berkaitan. Begitu juga terdapat pandangan yang hampir samadalam kedua-duan sistem Undang-Undang tersebut sejauh mengenai prinsip atauteori ”Tanggung Jenayah” (Criminal Responsibility) Ini termasuk soal kapasitidan masalah pengecualian dari tanggung jenayah. Cuma apa yang membezakan di antara dua sistemtersebut ialah pembahagian jenis jenayah itu sendiri dan hukuman yang perludikenakan ke atasnya. Sejauh mengenai pembahagian, dari satu perspektif bolehdikatakan tidak banyak perbezaan yang ada. Kerana kedua-dua sistem tersebutsecara umumnya menyebut jenayah boleh berlaku samada keatas tubuh badan, harta,keselamatan awam, marwah dan sebagai nya. Cuma dalam menditilkan jenis-jenisjenayah tersebut baru ternampak perbezaan dalam sesetengah hal. Paling ketara keranaadanya apa yang disebut sebagai jenayah Hudud dalam Syariah Islam, iaitu suatu konsep yang tidak ada dalamundang-undang konvensional. Satu lagi yang membezakan diantara kedua-duasistem undang-undang tersebut ialah jenis hukuman yang akan dikenakan keataskesalahan –kesalahan berkenaan terutama dalam kes Hudud sepertimana yangdisebut di atas. Oleh kerana itu, untuk memperkatakan tentangperbezaan di antara kedua-duan sistem tersebut kita terpaksa melihat persoalantentang undang-undang atau hukum tentang jenayah ini dengan cara yang lebihterperinci. Namun sebelum itu perlu ditegaskan sekali lagi bahawa secaraprinsip nya kedua-dua sistem tersebut tidak banyak berbeza. Pembahagian Jenayah: Dalam Syariah Islam, jenayah dibahagiaknkepada tifa kategori, iaitu Qisas & Diyat, Hudud, dan Ta’zir. Pembahagian seperti ini tidakterdapat dalam Undang-Undang Konvensional sekarang. Walau bagaimana pun tidakbererti pembahagiann ini menjadikan Hukum Islam berbeza sama sekali denganUndang-Undang Konvensional. Sebahagiannya sama sahaj. Cuma sebahagiannnyasahaja tidak serupa. Qisas & Diyat sebenar nya dikenali dalamUndang-Undang Inggeris sebagai jenayah terhadap orang (Person). Bagaimana pun,jenayah Qisas& diyat ini lebih sempit dan khusus. Kerana ia hanyamerangkumi jenayah membunuh dan mencedrakan sahaja, termasuk juga penggugurananak. Ia tidak termasuk jenayah seksual. Sementara Hudud pula merangkumi jenayah seksualdalam konsep nya yang sempit, iaitu zina, curi, rompak, minum arak, murtad,menuduh zina dan memberontak. Berasaskan kedudukan ini ternampak ada sedikitkelainan, di mana ada di antara perbuatan yang dianggap jenayah oleh hukumIslam dilihat sebaliknya oleh Undang-Undang konvensional. Antaranya Zina, dalamkonsep sebagai hubungan sama suka, minum arak dan murtad. Jenayah Ta’zir pula ialah semua jenis jenayah yangtidak termasuk dalam dua kategori di atas. Bahagian ini cukup flaksibal sekalisehingga boleh dikatakan sama semuanya dengan undang-undang konvensional yangada. Dengan kata lain, apa yang sebenarnya membezakandiantara Hukum Jenayah Islam danUndang-Undang Jenayah konvensional hanyalah yang berkait dengan Hudud sahaja.Itu pun tidak kesemuanya,tetapi sebahagiannya sahaja. Jenayah Hudud Sepertimana disebut di atas, Jenayah Hududada tujuh jenis. Sifatnya rigid sekali dan tidak tertakluk kepada tafsiranmahkamah. Apa yang menentukan semua perkara di dalam nya ialah ”Nas” al-Qurandan al-Sunnah. Selain itu hukumannya bersifat mandatori. Paling menonjol ialah hukumannya yang keras.Paling keras ialah rejam sampai mati dalam kes zina orang yang pernah kahwin.Samalah juga dengah hukuman bunuh keatas orang murtad, pemberontak danpenyamun. Ringan sedikit ialah potong tangan orang mencuri, sebat seratus rotanpenzina yang belum pernah kahwin, dan seterus nya sebat orang menuduh zina. Dari segi ini Hudud boleh disifatkan sebagaiundang-undang yang keras dan rijid sekali. Baghaimana pun prosedor nya sangatketat, lebih ketat daripada prosedor yang ada dalam undang-undang konvensional.Ambil contoh sahaja jenayah zina. Berasaskan tahap prosedur yang ada bolehlahdikatakah zina yang dikenakan hudud ialah zina yang berlaku secaraterang-terangan di hadapan orang ramai yang. Selain itu ia hanya akan dikenakanTa’zir, iaitu hukuman yang ditetapkan oleh pihak ligislatif. Begitulah juga dengan hukuman potong tangan orangmencuri. Ia hanya akan dikenakan atas pencuri yang melakukan jenayah itu keranajahat. Ada pun yang melakukannya kerana keperluan untuk makan dan sebagai nya(tertakluk kepada penilaian mahkamah) maka akan dikenakan ta’zir semata-mata. Begitulah seterusnya. Dari satu segi Hudud dilihatbegitu keras sekali, tetapi secara praktikalnya ia merupakan hukuman yangjarang sekali akan dilaksanakan. Kelebihannya ialah orang takut keranakekerasannya. Munkin ini sesuai dengan kata-kata sesetengah orang ”Hukuman yangpaling berjaya mencegah jenayah itu ialah hukuman yang tidak pernah terlaksana”. Penutup: Ringkasnya, antara Undang-Undang Islam danUndang-Undang konvensional ada persamaan dan ada pula perbezaan yang tertentu.Namun falsafahnya satu, iaitu untuk menjaga keselamatan masyarakat. Apa yang patut difahami sehubungan denganpersamaan dan perbezaan ini ialah Undang-undang Islam merupakan sebahagiandaripada agama Islam yang maha suci. Tentu sekali ia berasaskan kepadaidealisme yang tertentu, yang lebih daripada idealisme bagi undang-undang yangberasaskan pemikiran sekular. Namun bagi orang Islam sendiri, kepatuhan kepadaUndang-Undang Jenayah Islam itu lebihmenyerlah. Kerana ia berkait samada anda patuh kepada arahan agama atau sebaliknya. Wallahu a’lam.
Last update : 19-07-2010 08:53
|