|
PELAKSANAANSYARIAH ISLAM DI MALAYSIA: CABARAN DANHARAPAN. Oleh: Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Haji AbdMajid International Institute of Islamic Thoughtand Civilization (ISTAC), IIUM Pendahuluan: Secaramudahnya Syariah boleh dihuraikan sebagai system hidup Islam yang diwahyukanoleh Allah s.w. kepada umat manusia meneri RasulNya Nabi Muhammad s.a.w.Kebenarannya mutlak, rangkumannya komprehensif dan jangkauannya universal. Wahyuberkenaan terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Usaha memahami wahyuberkenaan oleh para fuqaha disebut sebagai ijtihad. Pemahaman atau kefahaman yang terhasil daripada ijtihad berkenaan biasadisebut sebagai fiqh. Ketentuan yang berasaskan kepada pemahaman berkenaan disebutsebagai hukum. Meskipunkebenaran wahyu itu sendiri bersifat mutlak atau abslut, namun bukan kesemuahukum yang difahami daripada nya bersifat seperti itu. Kerana dalam prosesmemahami hukum dari wahyu berkenaan akal dan nilai intelektual faqih atau parafuqaha ada saham yang tertentu. Begitu juga persekitaran hidup dimana faqihatau fuqaha itu melakukan ijtihadnya. Sebesar mana saham akal dan nilaiintelektual serta juga persekitaran dalam proses penentuan hukum berkenaanberbanding dengan saham wahyu maka sebesar itulah juga kebarangkalian tepatatau sebaliknya dalam hukum berkenaan. Bagaimanapun ia akan tetap juga disebutsebagai hukum Syarak. Cuma tahap kejituan masing-masing berbeza-beza. Sifatkomprehensif pada Syariah berkenaan memberi maksud ia bukan merangkumi satu duaaspek hiudup sahaja, tetapi semua aspek. Baik secara peribadi, berkelumpuk,bermasyarakat, bernegara dan apa saja. Kadar penekanannya juga perlu berimbang.Bagaimanapun prinsip keutamaan (al-Aulawiyat) boleh diguna pakai . Begitulahjuga dengan berbagai pendekatan lain seperti penggunaan polisi (SiasahSyar’iyah) sebagai langkah sementara. Yangdimaksudkan dengan jangkauan yang universal bermaksud ia sentiasa mengambilkira perubahan zaman dan tempat serta keadaan. Dalam pengajian fiqh sifat iniboleh disimpulkan dalam dua istilah, iaitu semasa dan setempat. Fiqh semasabermaksud kefahaman tentang kehendak wahyu dalam konteks semasa. Sementara fiqhsetempat pula bermaksud kefahaman dalam konteks tempatan. Secara bersama duanilai ini boleh disebut sebagai “Fiqh semasa pendekatan tempatan”. LatarBelakang: Mukadimahyang panjang lebar di atas bertujuan untuk memberi peringatan bahawaperbincangan tentang pelaksanaan Syariah Islam di Malaysia sekarang perlumerangkumi ruang lingkup yang luas . Bukan saja dari segi falsafah dan dasar tetapi juga dari segi polisi danpendekatan. Kerana ia bukan sahaja perbincangan tentang idealism tetapi jugaberkait dengan realiti di mana idealism berkenaan akan direalisasikan. Meskipunsecara idealnya yang hendak dilaksanakan itu ialah Syariah namun secara praktiknya ialah fiqh. Malah lebih tepatlagi ialah hukum, undang-undang, peraturan dan sebagainya yang diambil daripadaSyariah. Apabila yang hendak dilaksanakan itu ialah kehendak Syariah tentangmuamalat maka yang akan terlaksana sebenarnya ialah kefahaman para fuqahatentang muamalat berkenaan (Fiqh al-Muamalat) yang difahami daripada Syariah.Malah secara lebih tepat lagi ialah undang-undang dan peraturan yang mengaturtransaksi berkenaan yang dibentuk berasaskan kefahaman para fuqaha terhadapkehendak Syariah sepertimana yang terdapat dalam wahyu yang berkenaan. Begitulahjuga kalau yang hendak dilaksanakan itu ialah kehendak Syariah tentang jenayah,kenegaraan, kewangan dan sebagainya.Kerana Syariah lebih bersifat idealism kepada usaha pelaksanaan berkenaan.Sebagai idealism ia akan menjadi asas rujukan bagi setiap usaha dan kegiatanyang dilakukan dalam mencapai objektif berkenaan. Semuanya inimenunjukkan kepentingan “fiqh” dalam melaksanakan Syariah, termasuk di Malaysiasekarang. Tanpa fiqh tiada usaha pelaksanaan boleh berlaku kerana kefahamantentang sesuatu itu merupakan asas utama dalam merealisasikannya. Kepentingan“Fiqh”: Sepertimanayang tersebut di atas, fiqh bermaksud kefahaman tentang ketentuan Syariah. Namun ia bukan sekadar kefahaman begitusahaja. Dalam pengajian Syariah adadisiplin atau method tertentu bagaimana kehendak Syariah itu difahama., Katapara ulama Usul Fiqh, fiqh itu ialah memahami hukum Syarak berasaskansandaran-sandarannya secaraterperinci. Satu perkarayang sangat penting disebut di sini ialah “fiqh” mempunyai ikatan yang kuatdengan zaman dan tempat. Maksudnya, apayang sebenarnya fiqh itu ialah memahami Syariah dalam konteks semasa dansetempat. Kerana itulah dalam sejarah perkembangan fiqh yang lama itu,disamping sebab- sebab lain seperti perbezaan tahap nilai intelaktual dikalangan para fuqaha, zaman dan tempat memainkan peranan yang penting dalam melahirkan pendapat dan aliran sertamazhab yang berbeza di antara satu sama lain. Adalah cukupdiketahui di kalangan para pelajar ilmu Syariah bahawa antara satu sebab besarperbezaan di antara mazhab Maliki dan Hanafi ialah kerana mazhab Maliki cambah dan berkembang di Semenanjung Tanah Arab. Sedangkan mazhabHanafi sebaliknya cambah dan berkembang di Iraq, iaitu dalam persekitaranbudaya Parsi . Begitulah juga denganmazhab-mazhab yang lain Semuanya ini member erti bahawa usahamelaksanakan Syariah Islam di Malaysia perlu didahului dengan pembinaan fiqhsemasa dan setempat . Maksudnya kefahaman tentang Syariah dalam konteksMalaysia sekarang. Tanpa fiqh seperti ini pelaksanaan yang diusahakan itunanti, dalam beberapa hal munkin akan gagal memenuhi kehendak Syariah yangsebenar. Mimang duniaIslam, termasuk Malaysia mempunyai perbendaharaan fiqh yang begitu tinggi nilaikeilmuannya sehingga boleh disifatkansebagai mencapai tahap universal. Namun secara ilmiahnya terdapat jumlah yang tidak sedikit hukum yangdifatwakan dalam kitab-kitab fiqha kelasik itu sudah tidak tepat lagi dalamkonteks Malaysia sekarang. Sebabnya, seperti disebut diatas bukan keranaal-Quran dan al-Sunnah sudah ketinggalan zaman, tetapi sebaliknya kefahamanpara ulama berkenaan terhadap wahyu yang terdapat dalam sumber-sumber utamahukum Islam itu sudah tidak semasa lagi. Untukmembangun fiqh semasa dan setempat bukan sesukar difikirkan secara negatif olehsesetengah orang. Kerana walaubagaimana pun fiqh semasa itu ia tetap jugamerupakan kesinambnungan kepada fiqh kelasik. Dengan kata lain, ia bukansesuatu yang perlu dibina dari A atau alif. Tetapi sebaliknya suatu penerusanatau kelanjutan kepada usaha yang telahdibuat agar perkembangannya tetap semasa dan up-to-date. Dengan kata lain, iamerupakan kajian lanjut bagi menghapuskan jurang zaman dan tempat dalam fiqhkelasik. Para ahli akademik bolehmemamami konsep ini dengan jelas dan dapat melakukannya dengan selesaberasaskan program akademik mereka. PemulihanSosial: Yangdimaksudkan dengan pemulihan social ialah usaha memulihkan keburukan masyarakatIslam di Negara ini sampai kepada tahap mampu menjadi subjek kepada pelaksanaanSyariah yang dicita-citakan itu. Kenyataan initidak bertujuan untuk mengatakan bahawa umat Islam di Malaysia sekarang tidaklayak melaksanakan Syariah Islam dalam kehidupan mereka. Sebalik nya untukmengatakan bahawa langkah memulihkan masyarakat sampai menjadi lebih sesuaiuntuk menerima hukum, undang-undang, peraturan dan sebagainya yang berlandaskankepada Syariah yang ideal itu merupakan pendahuluan yang sangat penting kepadausaha melaksanakan Syariah Islam itu. Agar pelaksanaan yang dicita-citakan itunanti tidak mengalami kegagalan seperti yang pernah berlaku di sesetengahNegara-negara Islam yang lain sebelum ini. Palingpenting dalam usaha ini ialah memperdalamkan rasa penerimaan masyarakat Islamsendiri terhadap pelaksanaan berkenaan. Kerana umat Islam sekarang, miskipundari segi agamanya mereka tetap Islam tetapi dari segi kehidupan sebahagiandaripada mereka tidak lagi berkeyakinan penuh terhadap kemampuan hukum danundang-undang Islam menyelsaikan masalahmereka, terutama berdasarkan ketentuan-ketentuan hukum yang terdapat dalam fiqhkelasik sepertimana yang ada sekarang. Bagi tujuantersebut proses pendidikan social dan pembudayaan hukum perlu dilakukan dengansebaik munkin. Maksudnya sebelum sesuatu undang-undang dan peraturan yangberasaskan Syariah Islam proses seperti itu perlu terlebih dahulu dilakukanagar masyarakat tidak mempunyai prajudis yang tebal terhadap kemampuanundang-undang dan peraturan Islam yang akan dilaksanakan itu. Objektifseperti ini boleh juga dicapai, malah secara lebih berkesan lagi melalui prosespemantapan akiodah. Namun ia memerlukan method yang tepat dan bukan sekadarmemperdalam ilmu atau maklumat secara yang biasa dilakukan dalam majlis-majlispengajaran atau pembelajaran biasa. Dengan kata lain, ia memerlukan prosespenjiwaan dan bukan pengilmuan. Satu aspeklain yang berkait rapat dengan soal pemulihan social ini ialah pembersihaninfrastroktor masyarakat daripada anasir buruk yang boleh menegatifkan usahapelaksanaan Syariat Islam itu sendiri. Ruang lingkup usaha ini cukup luassekali kerana keburukan masyarakat Islam di Malaysia sekarang merangkumiberbagai-bagai aspek bermula daripada aspek kekeluargaan sampailah kepada aspekkenegaraan. Tanpa usaha seperti ini kemunkinan besar faktor-faktor negatif berkenaanakan menggagalkan sama sekali Sebagai satucontoh ialah nilai buruk yang terdapat dalam media, baik yang berbentuk cetakatau yang berbentuk elektronek. Nilai-nilai negatif ini perlu dihapuskaterlebih dahulu sebelum Syariah Islam dilaksanakan dengan sepenuhnya. Keranatanpa penghapusan seperti itu ia akanmengganggu pelancaran pelaksanaanberkenaan melalui provokasi kearah pelanggaran undang-undang atau peraturanyang mahu dilaksanakan itu. Makanisme danMethod: Persoalantentang makanisme dan method pelaksanaan juga penting. Banyak perkara yang baikdan bermutu ditolak oleh masyarakat kerana dipersembahkan dengan cara yangtidak menarik. Sebaliknya pula banyak perkara yang tidak bermutu tetapiditerima baik oleh masyarakat kerana mutu atau cara persembahannya yang baikdan menarik. Pandanganremeh masyarakat terhadap usaha-usaha pelaksanaan sebahagian daripada Syariahpada hari ini, antara lain banyak berpunca dari persoalan seperti ini.Pentadbiran institusi –institusi Islam pada hari ini yang tidak teratur danberpristasi rendah boleh ditunjuk sebagai contoh. Bagaimanapun, untuk mempertingkatkan nilai dalam aspek seperti ini tidak semudah yangdisangka sesetengah orang. Ia tidak cukup dengan sekadar mempertingkatkanpristasi fizikal seperti bangunan, perabut dan pakaian, misalnya. Sebaliknyayang lebih penting ialah budaya cemerlang dalam melaksanakan tanggongjawab ataumember perkhidmatan. Palingberperanan ialah kecekapan dan pristasi kerja yang baik. Para pelaksana perlumempunyai kepakaran yang tinggi dan mutu kerja yang baik. Selain itu ialahsikap mengambil berat terhadap kebajikan orang lain. Sikap professional juga sangat membantu. Malah banyak lagi sikap-sikap positif yanglain. Semua nya ini perlu dibudayakan sehingga menjadi tradisi yang yangdiwarisi dan masa ke semasa. KehendakPolitik: Tanpakehendak politik Syariah tidak boleh dilaksanakan dengan sebaik munkin dalam negaraini. Bagaimana pun kenyataan ini tidak menafikan sebahagiannya dapat dilaksanakan, iaitu yangbersifat ibadat semata-mata, seperti sembahyang, puasa,zakat dan sebagainya.Kerana untuk melaksanakan hal-hal ibadat seperti ini tidak memerlukan kuasapolitik atau pentadbiran. Ia boleh dilakukan oleh siapa sahaja dengan syarattiada halangan yang dilakukan. Sehubungandengan kehendak politik ini ada dua aspek penting yang perlu dilihat.Pertamanya para pemerintah yang memegang tampok kuasa politik dan pemerintahan .Keduanya pula ialah rakyat, iaitu pemegang kuasa poilitik yang sebenarnya dalamsebuah Negara dimokrasi seperti Malaysia ini. Amat jelassekali pemerintah sahajalah yang mampumelaksanakan Syariah Islam dalam Negara ini. Namun pemerintah juga terikatdengan dasar pemerintahan yang ada. Dalam Negara demokrasi seperti di Malaysiadasar seperti itu biasanya ditentukan oleh parti yang mendokong pemerintahanberkenaan. Dari sinidapat dilihat dengan jelas bahawa pelaksanaan Syariah Islam dalam Negara inimemerlukan d0okongan parti politik yang mempunyai dasar dan cita-cita untukmelaksanakan sistem hidup berkenaan dalam Negara ini. Dalam sebuahNegara dimokrasi seperti di Malaysia ini, kuasa rakyat yang paling besar sekaliialah menentukan siapa yang menjadipemerintah dalam pilihanraya yang diadakan. Namun bak kata orang, demokrasisebenarnya bermaksud penguasaan golongan kecil yang cerdik keatas golonganbesar yang bodoh, ternyata yangsebenarnya berkuasa ialah golongan menengah dalam masyarakat berkenaan. Maksudnya kuasa rakyat ada pada mereka ini. Merekalah, walau pun kecil bilangannyayang sentiasa mempengaruhi orang ramai dalam menyokong atau tidak mana-manaparti politik dalam pilihanraya yang diadakan. Dengan katalain, pelaksanaan Syariah dalam Negara ini memerlukan sokongan golonganmenengah masyarakat. Kerana merekalah yang sentiasa mempengaruhi pandangan umumdengan segala kecerdikan dan kepandaian yang ada pada mereka. Malah boleh dikatakan merekalah golongan yangpaling dihormati oleh masyarakat umum. HalanganPerlembagaan dan Undang-Undang: Ramai orangbercakap tentang halangan perlembagaan dan undang-undang dalam usahamelaksanakan Syariah Islam dalam Negara ini. Meskipun kata-kata seperti itu ada benarnya tetapi apa yang sebenarnyaia lebih bersifat pendalihan semata-mata. Terus memperkatakan hal seperti ituakan meletakkan perjuangan pada sudut yang sukar dan langkah-langkah yangdiambil dalam merealisasikannya akan lebih bersifat negative. Mimang benarperlembagaan Malaysia tidak menyebut undang-undang Islam sebagai undang-undangNegara, tetapi ia menyebut agama Islam sebagai agama persekutuan. Adalah jugabenar perlembagaan tidak menjamin pelaksanaan undang-undang Islam, tetapijaminan berkenaan ada dalam kebanyakan undang-undang tubuh negeri. Begitu juga benar undang-undang negeri tidakboleh mengatasi undang-undang persekutuan, tetapi sekatan seperti itu tidakmenyeluruh semua keperluan pelaksanaan Syariah. Sejarahmenunjukkan dengan jelas bahawa kehendak politik boleh mengatasi kehendakperlembagaan dan undang-undang ini. Malah perlembagaan yang ada cukup terbuka untukmenerima pentafsiran samada yang bersifat libral atau pun konservatif. Semuanya banyak terhenti atas kehendak dan kuasa politik. Dengan demikian tidaksepatutnya lagi berbangkit soal halangan seperti ini. Selain itu,yang dihalang oleh perlembagaan dan undang-undang persekutuan yang berkaitdengannya tidaklah merangkumi jangkauan yang sangat luas sehingga merangkumiruang yang cukup besar dalam Syariah. Masih terdapat ruang yang cukup luas bagiSyariah Islam yang tidak dihalang pelaksanaannya oleh perlembagaan. Satu contohyang sangat jelas mengenai hakikat ini ialah urusan perbankan dan kewanganIslam yang sedang berjalan lancar pada hari ini. Sijil dan produk halal jugasatu contoh yang nyata. Lama sebelum ini sudah ada system pendidikan Islam yangdilaksanakan dengan begitu selesa. Malah terdapat berbagai-bagai aspekpelaksanaan Syariah Islam lagi yang tidak terhalang. Maka yang menghadapai sedikit sebanyakhalangan itu ialah “Undang-Undang” semata-mata. Itu pun lebih terjurus kepadabidang jenayah semata-mata. PersoalanTentang Emosi: Satu perkarapenting yang rasanya perlu diketengahkan berkait dengan perbincangan ini ialahpersoalan tentang emosi. Bukan sahaja di Negara ini, tetapi juga diseluruhdunia umat Islam rata-rata menghadapi krisis emosi. Kemuncak kepada krisis iniantaranya serangan berani mati, pengebuman diri sendiri dan sebagainya. Secaraobjektifnya perjuangan Islam itu boleh dilakukan dengan berbagai cara. Paraulama menyebutnya dalam suatu konsep besar, iaitu “Jihad”. Dalam penulisankelasik ia dihuraikan dalam sifat yang lebih menjurus kepada peperangan melawanmusuh. Bagaimana pun konsepnya yang sebenar lebih luas daripada itu. Iamerangkumi apa saja perjuangan Islam yang dilakukan dengan gigih dansesungguhnya. Apa yangnyata, para ulama kelasik lebih mmengambil kira realiti corak perjuangan Islam pada waktuitu, iaitu mempertahankan kedudukan dan maruah Islam yang sentiasa menerimaserangan bersenjata dari pehak musuh. Maka oleh kerana realiti permusuhan padahari ini coraknya agak berbeza, iaitu lebih luas dan menyeluruh maka konsep danpelaksaaan jihad juga perlu lebih luas dan menyeluruh. Peperangan bersenjatajuga tidak terkecuali. Begitu punapa yang hendak disentuh disini ialah bagaimana Islam mahu para pejuangnyamengawal emosi agar sentiasa bersikap waras dan saksama dalam segala langkahyang diambil. Dalam pertempuran sekalipun Islam mengingatkan agar para tenteratidak membunuh wanita, orang tua dan kanak-kanak kecuali mereka ikut berperang.Malah binatang dan pokok juga tidak boleh dimusnahkan. Maka dalamperjuangan menegakkan Syariah Islam dalam Negara ini soal emosi ini perlu dikawal. Agar segalalangkah yang diambil bersifat waras dan bijaksana. Sebaliknya kalau perjuanganberkenaan dipengaruhi emosi segala langkah kelihatannya sumbang. Maka untukmenolak perjuangan itu,orang tidak perlu mempertikaikan kebenaran perjuanganberkenaan, tetapi cukup dengan mengatakan bahawa cara yang dipilih tidaksesuai. Bak kata al-Imam al-Ghazali, kekuatan seseorang itu tidak terletak padakebolehannya bergusti tetapi pada kesabarannya dalam menghadapi kesukaran. Penutup: Padakesimpulannya, untuk melaksanakan Syariah Islam di Malaysia bertbagai cabaran perlu dihadapi. Bagaimanapun ia tidakterlalu besar kalau umat Islam di Negara ini mempunyai kehendak politik yangjelas. Kerana sistem demokrasi yang ada memunkinkan segala kehendak rakyatboleh berlaku. Begitupun,oleh kerana rakyat secara umumnya dipengaruhi oleh golongan atau kelas menengahmaka kelas inilah biasanya yang merupakan golongan penentu. Dalam politikmereka ini biasa diistilahkan sebagai golongan elit. Untukmengajak golongan ini bersimpati dengan perjuangan berkenaan para pejuang danpendokong perjuangan itu perlu bijak. Kalautidak perjuangan berkenaan sekadar akan menjadi perjuangan massa yang kurangberpengaruh walaupun mendapat sokongan ramai. Satu daripadacara untuk menarik perhatian golongan elit ini ialah mengurangkan pengaruhemosi dalam perjuangan berkenaan. Kerana cerdik pandai masyarakat lebihmenghargai nilai intelektual daripada semangat yang berkobar-kobar, apatah lagikalau digembelingkan dengan secara liar. Dalam sebuahNegara demokrasi seperti di Malaysia sekarang, pertubuhan politik memaiknakperana yang sangat penting dalam merealisasikan cita-cita politik bagai sesuatugolongan atau masyarakat umumnya. Kerana itu, mempunyai dasar yang jelas kearahmerealisasikan Syariah di negara ini sangat penting bagi penerimaan golonganmasyarakat yang sukakan perjuangan berkenaan. Begitupun catatan dalamperlembagaan sahaja tidak cukup. Pendekatan yang ditunjukkan bagi menggambarkandengan jelas bagaimana selogan itu dapat direalisasikan juga diperlukan. Selaincita-cita politik, nilai intelektual juga sangat berperanan dalam menentukanperjuangn berkenaan berjaya atau tidak. Satu aspek yang sangat diperlukan dalambidang ini ialah kemampuan untuk melanjutkan kesinambungan fiqh Islam dalambentuk dan sifat yang semasa dengan mengambil kira keperluan tempatan. Selainitu pandangan yang menyeluruh tentang Syariat Islam juga sangat diperlukansehingga boleh mengelak dari terjebakdalam pentafsiran sempit yang meletakkan undang-undang pada tempat yang sangatterutama, apalagi satu-satunya pilihan. Kepercayaanlama bahawa perlembagaan Malaysiamerupakan penghalang utama kearah merealisasikan cita-cita pelaksanaan Syariahdi Malaysia perlu disemak balik. Kerana ternyata ruang untuk melaksanakanSyariah dalam Negara ini jauh lebih luas daripada yang ditutup oleh perlembagaanberkenaan. Apa yang diperlukan ialah para pentafsir undang-undang yang sudahbenar-benar bebas daripada pengaruh penjajahan Inggeris yang menyuap kepadapara ahli undang-undang kita dengan tafsiran pasang siap. Selain itusemua, penguasaan terhadap emosi sangat perlu dalam perjuangan berkenaan. Iawalaupun disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai perjuangan yang agak sukartetapi Islam mempunyai cara yang jelas bagaimana melakukannya. Wallahu a’lam
Last update : 28-07-2010 09:00
|