|
Monday, 25 January 2010 |
 SALAM PENGENALAN
السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته Izinkan saya memulakan salam perkenalan ini dengan menyebut tujuan penubuhan laman web ini. Laman web ini bukan bertujuan untuk membincangkan tentang hal ehwal Islam secara umum, tetapi sebaliknya khusus tentang fiqh. Malah bukan fiqh Islam secara umum sepertimana yang terdapat dalam penulisan biasa, tetapi khusus tentang fiqh semasa pendekatan tempatan, iaitu Malaysia. Dengan kata lain, ruangan ini khusus untuk membincangkan tentang perkembangan hukum Islam berasaskan kefahaman semasa yang beroreantasikan realiti hidup masyarakat di Malaysia. Pada dasarnya saya akan menulis dalam web ini dari masa ke semasa, samada dalam bentuk makalah ilmiah, atau ulasan serta komen terhadap apa-apa yang berlaku disekitar kita berasaskan perspektif hukum Islam semasa, atau sekadar membuat catatan umum sahaja. Salam Pengenalan dan Selamat Melayariwww.mahmooodzuhdi.com
|
|
Last Updated ( Monday, 22 February 2010 )
|